SELAMAT DATANG KE SUCCESS NETWORK TEAM - SNT.
Dalam usaha menjalankan bisnes secara MLM atau Network Marketing sudah pastinya kita memerlukan rakan-rakan yang dapat bersama-sama mengharungi cabaran membina tangga-tangga kejayaan. Jesteru itu Success Network Team di pahatkan pada 3 September 2009 dalam usaha menyediakan satu platform yang lebih jelas untuk semua ahli rangkaian di bawah Success Network Team. Success Network Team di gagaskan oleh En. Hairuddin Abdullah ( Che Din ) dan dapat khidmat nasihat dari Datin Zamnah Zainal selaku pemimpin utama GFI dan merangkap Konsultan Produk Amoorea Syarikat GFI.
Bisnes yang kita sedang usahakan ini adalah bisnes yang berteraskan kepada membina dan membangunkan Network. Bisnes konsep jaringan atau Network ini menggunakan konsep " People Who Helping People" dimana setiap orang berkewajiban membantu dan mengajak dirinya dan orang lain mengembangkan bisnes ini secara bersama. Semakin banyak orang yang diajak menyertai bisnes ini , maka semakin besar potensi anda mencapai hasil dalam bisnes ini. Jesteru itu , membina jaringan adalah melibatkan hubungan sesama insan dan kerjasama berkumpulan.
Mengapa Success Network Team - SNT
- Success Network Team menjalankan bisnes ini dari pelbagai pendekatan baik secara offline dan online. Merai dua kelompok atau ketagori usahawan yang berminat menjalankan bisnes ini secara offline dan online.
- Menyediakan beberapa keperluan pemasaran seperti flyer , laman web , cd informasi dan sebagainya.
- Bersama-sama syarikat menggerakkan aktiviti penerangan bisnes dan latihan.
- Menyediakan khidmat coaching dan mentoring secara online dan offline dalam usaha membantu ahli rangkaian SNT mencapai kejayaan.
- Memberi penekanan kepada sistem latihan dan pendidikan berterusan dalam membantu ahli mempunyai ilmu dan kemahiran dalam menjalankan bisnes secara network marketing.
Mengapa Network Marketing ?
Mengapa kita memilih cara Network Marketing sebagai medium pemasaran. Ini kerana konsep "People Who Helping People" dapat membantu anda mengatasi kekurangan dalam menjalankan bisnes ini. Network Marketing adalah pergerakan produk atau servis secara terus dari pengeluar kepada pengguna terakhir. Pemasaran berlaku dari mulut kemulut secara cepat. Perasankah anda bahawa SETIAP HARI walaupun anda tidak terlibat dalam bisnes Network Marketing tetapi anda telah menjalankan tugas dan peranan sebagai seorang Network Marketing. Contohnya , setiap kali anda menonton movie atau wayang , makan makanan lazat di restoren atau membeli belah di shopping complex maka apabila anda bertemu rakan-rakan anda , dengan selesanya anda memberitahu atau bercerita tentang movie yang anda tengok , restoran yang menyediakan makanan lazat atau barangan murah yang anda beli di sebuah shopping complex atau kedai kek yang menyediakan kek yang sedap. Tuan punya kedai atau restoren tidak pun meminta anda membuat promosi atau membayar upah apabila anda mempromosi tetapi secara tidak langsung anda telah melakukan usaha mempromosi dari mulut kemulut. Di tambah lagi , apabila ada respon yang baik dari rakan anda yang berminat serta bertanya dan pastinya dengan bersemangat anda menceritakan kelebihan dan kehebatan apa yang telah anda beli atau nikmati servis atau produk tersebut.
Jadi sekarang tidak ada alasan untuk anda tidak melakukan bisnes yang mudah ini. Hanya bercerita , berkongsi manfaat produk atau perkhidmatan yang baik kepada rakan-rakan anda dan nantinya pula rakan-rakan anda pula akan berkongsi cerita kepada rakan-rakan mereka.
Network Marketing adalah satu bidang bisnes yang sedang berkembang dengan pesat dan menjadi salah satu usaha perniagaan yang mempunyai potensi yang cukup cerah pada masa depan. Bermula dengan modal yang rendah dan anda berpotensi mengembangkan network atau jaringan anda lantas mampu memperolehi wang yang banyak serta membantu anda mencapai impian anda.
Sesiapa sahaja boleh berjaya dalam Network Marketing.
Salah satu manfaat menjalankan bisnes secara Network Marketing ini ialah sesiapa sahaja boleh mencapai kejayaan tanpa terbatas kepada umur , jantina , agama , latarbelakang pendidikan , pengalaman dan sebagainya. Anda BOLEH BERJAYA. Falsafahnya mudah iaitu bantu orang lain mencipta mesin wang mereka. Inilah satu kelebihan terbesar menjalankan bisnes secara Network Marketing iaitu anda boleh membantu orang lain mencapai pendapatan lumayan selari dengan anda mencipta pendapatan sendiri.Anda boleh ubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik dan selesa seperti mana anda dan telah terbukti banyak orang telah berubah kerana mereka BERANI BERUBAH .
Anda adalah bos kepada diri anda.
Dalam Network Marketing ialah anda adalah bos kepada diri anda sendiri dalam menjalankan bisnes Network Marketing. Anda tetapkan masa bekerja anda ditambah jika anda bekerja secara sepenuh masa sudah pasti tiada JAM LONCENG lagi yang menggangu tidur lena anda. Anda mampu menjadi seorang USAHAWAN YANG HEBAT setelah melalui proses latihan dan bimbingan yang disediakan dalam bisnes Network Marketing ini. Kejayaan anda terletak sepenuhnya pada diri anda sendiri. Nilai persahabatan unggul dikalangan ahli networking merupakan aspirasi untuk anda bersama mereka mencapai impian dan berkerja sebagai satu pasukan atau TEAM. TEAM adalah berdiri atas Together Everyone Achieves More.
Anda boleh bantu pelanggan dan orang lain
Sebagai seorang usahawan dalam bidang Network Marketing apatah lagi terlibat dalam bidang kesihatan dan kecantikan anda boleh bantu orang lain yang menghadapi masalah kesihatan. Lihatlah bagaimana Amoorea Beauty Bar telah membantu ramai orang yang menghadapi masalah kulit dan yang inginkan kulit mereka cantik dan halus. Jadi anda mampu memainkan peranan sebagai orang tengah yang berkongsi manfaat produk dan kebaikan produk anda kepada mereka.
Lihatlah apabila network anda berkembang dan berdikari
Inilah salah satu impian besar usahawan Network Marketing apabila berjaya empayar network yang mampu berkembang dan berdiri dengan sendiri dan bergerak secara kumpulan. Pada waktu ini anda mampu tersenyum menuai hasil setelah penat lelah di awal pembinaan jaringan. Proses DUPLIKASI , PENAJAAN dan LATIHAN yang diberikan pasti akan memberikan pulangan yang baik selain dari syarikat yang kukuh dan bertanggungjawab. Disinilah nanti anda akan menerima wang tanpa henti walaupun pada waktu ini anda tidak lagi melakukan kerja yang begitu penat kerana anda telah laluinya semasa peringkat mula.
Network Marketing telah melahirkan ramai jutawan
Di Malaysia dan diseluruh dunia , Network Marketing adalah satu dimensi bisnes yang mempunyai potensi yang cukup cerah. Membantu anda memulakan bisnes dengan modal yang besar , berkongsi kepakaran dan saling lengkap melengkapi antara sesama ahli TERBUKTI Network Marketing mampu menghasilkan jutawan dan mereka yang mampu mengecapi nikmat perubahan kehidupan yang lebih selesa. Asasnya ialah terbinanya sistem pendidikan yang kuat disamping menanamkan konsep MLM atau Network Marketing yang sebenar. ANDA ADALAH SALAH SEORANG DARIPADANYA. SNT amat komited untuk melahirkan ramai jutawan dikalangan ahlinya dan setidaknya mengecapi nikmat menjana pendapatan tambahan yang dapat meringankan beban kewangan para ahlinya. Setidaknya duit untuk membayar ansuran kereta , rumah , bil-bil utiliti dapat ditampung hasil dari pendapatan perniagaan Network Marketing dan sudah pastinyalah bersama GFI dan AMOOREA 3 Minute SPA Bar.
Marilah Bersama Success Network Team
Marilah kita bersama-sama SNT membina empayar perniagaan kita , membina kemahiran dan semangat cekal seorang usahawan . Ambil keputusan anda segera kerana jika anda tidak melakukan PASTI akan ada orang lain yang melakukan . Cepat isikan maklumat , dapatkan trial pack dan daftarlah untuk menjadi ahli dalam bisnes bersama GFI dan SNT.